apa? sudah bulan ogos?
waa .. agak sudah lama saya habis menuntut di MMU,Cyber dan sekeping cd e-skrol sudah selamat di tangan .. seingat saya , saya habis menuntut akhir bulan 4 dan sekarang bulan 8 sudah menjelma. Congak-congak di kepala lebih 3 bulan sudah saya habiskan di rumah dengan angan-angan yg tinggi pada mulanya seperti mengemas bilik sehingga cun (tidak tercapai) dan banyak lagi impian yang belum berjaya dipenuhi. Angan-angan untuk bekerja masih juga belum berhasil walaupun berbelas-belas menghampiri puluh application ygang telah saya hantar ke hulu ke hilir dan sehingga hari ini masih belum berjawab. Ramai rakan-rakan seangkatan telah memulakan kerjaya dan sudah mula sakan membeli-belah. Sungguh cemburu sekali saya dibuat oleh mereka. Dulu sewaktu mula-mula tidak mempunyai pekerjaan, saya menyara diri dengan bayaran terakhir JPA tapi kini sudah tidak mampu berbuat demikian kerana 3/4 dari wang bayaran itu telah saya buat pelaburan dan kini menampung perbelanjaan harian dengan belas ehsan ibu bapa. (Nasib baik mereka mahu memberi duit .. trimas yek) ..
Perjanjian pada diri sendiri : Saya memberi masa pada diri saya untuk mencari pekerjaan sehingga tahun akademik november 2004 atau mei 2005 bermula dan jika pada ketika itu masih lagi tiada pekerjaan, maka saya akan menyambung belajar ke peringkat sarjana .. Insya Allah
No comments:
Post a Comment