Tuesday, August 10, 2004

apa yg sebenarnya diri ini mahu?

duduk rumah sengsowang di siang hari kadang-kala membuatkan diri ini terfikir .. apakah yg aku mahu sebenarnya? bila otak mula berfikir ligat, hati merasa berdebar dan diri ini mengambil langkah menyibukkan diri dengan aktiviti sebagai jalan keluar dari semua itu .. tapi sejauh manakah ia akan bertahan? apa yg aku fikirkan? mengapa aku masih di rumah sedangkan rakan-rakan aku sudah di luar sana mencari rezeki? adakah kerana aku merasakan ibu bapa aku masih mampu menyara diri ini? atau adakah aku terlalu memilih pekerjaan? tidak juga .. aku tidak memilih .. semua jenis post yg mahukan degree atau diploma telah ku pohon .. tetapi mengapa hingga kini diriku masih di rumah di siang hari? dahulu ku memberi alasan pada diriku (alasan apabila tidak berjaya mendapat kerja) ini kerana ingin menemani nenek ku memandangkan dia tidak boleh keseorangan .. tetapi kini nenek telah pergi ke rumah makcik ku .. aku pula keseorangan. baru-baru ini ada satu interview tetapi dari riak muka ibu ku .. aku tahu dia tidak bersetuju, ayahku pula kata tidak perlu. sama juga sebelum ini semasa aku mendapat second interview dari sebuah institusi kewangan, ibu juga kata tidak perlu. bila diri ini mengatakan rakan-rakanku bekerja di sana .. dia bertanyakan kembali mengapa aku tidak? sedangkan ibu yg mengatakan tak perlu. hari ini sepucuk e-mail aku terima . e-mail tersebut mengatakan aku tidak berjaya .. ah !! aku sudah tahu dari mula .. lihatlah gandingan semasa interview .. dari awal aku tahu (bukan mahu bersikap negatif .. tetapi sudah kenyataan .. agaknya siapa kah yg dipilih? ) .. sekarang aku menunggu keputusan pengambilan SLG (skim latihan graduan) .. oh Tuhan .. berilah hamba mu ini peluang . AMIN ..
nasib baik di waktu petang aku penuhi dengan aktiviti .. kalau tidak boleh mati akal juga memikirkan hal sebegini ..
mengapa? mengapa ku bebelkan sumer ini? bukan untuk meraih simpati .. tetapi percubaan untuk meluahkan apa yg terbuku di hati ini ..

No comments: