demam yg makin hampir ke kemuncak?
tajuk perbualan minggu ini rata-rata berkisar akademi fantasia yg akan melabuhkan tirai pada sabtu ini .. di mana saja org sibuk berkata "AFUNDI itu .. AFUNDI ini" .. hinggakan ke gym pada ptg semalam .. AFUNDI masih lagi sibuk diperkatakan .. AFUNDI kaer .. AFUNDI zahid .. di rumah saya tiada astro maka saya hanya mengikuti demam AF2 dari Malique's Blog .. maka sedikit sebanyak saya tahu laa juga perkembangan AF2 tu ..
tapi satu yg menarik perhatian saya ialah kontroversi apabila MAS terkeluar .. saya ada mengenali seorang peminat setia MAS (begitu setia sekali minat kepada MAS hingga tidak meminati peserta lain .. ) .. dia kerap kali mengatakan suara MAS sedap dan patut diberi peluang .. takpe2 .. mungkin rezeki MAS di tempat lain .. lagipun kerana dia ke AF2 .. rezeki kedai sate nyer di Tawau makin kencang .. yeah go MAS .. apa-apa pun AFUNDI saya ke kaer dan zahid ..
tinggalkan AF2 .. kerana MALAYSIAN IDOL TOP 12 bakal bermula .. ini mmg saya tak pernah tinggalkan .. VOTE saipul .. VOTE dina .. VOTE sufiah .. yeah !!!
oh yea ..
kepada mereka yg mengenali nama saya / mengecam wajah saya,
saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yg mengenali saya tapi saya tidak mengingati nama/wajah anda .. ampun ampun .. saya mmg sebegini .. tak percaya? tanya rakan2 kenalan saya .. mungkin kerana saya suka senyum .. suka melayan org cakap .. mungkin kerana saya tidak pernah lokek dengan senyuman .. mungkin kerana itu semua anda mengenali saya .. selepas ini saya akan berusaha lebih untuk mengenali anda semua .. percaya lah syu_hidayah !! ampun ya .. inilah kelemahan yg sedang cuba saya nak atasi ..
No comments:
Post a Comment