harga pengorbanan seorang insan bernama ibu
semalam saya ke HKL menemani cu dan farhan (ohh .. farhan belum pulih dari jaundis)
semasa di Unit Rawatan Harian, HKL .. saya terpaku melihat begitu ramai kanak-kanak sedang menerima darah .. dan paling menakjubkan ialah ketabahan para ibu menanti si anak (bukannya sekejap untuk memasukkan darah .. 1 bungkus tu leh amik 3 jam lebih .. sekali masuk at least 2 bungkus (saya tak tahu istilah yg betul :P )) .. ketabahan seorang ibu yg tinggal di batang kali .. si ibu dan anak keluar seawal subuh untuk sampai ke HKL .. duduk di URH sampai ke ptg (kekadang lena di atas sofa yg disediakan ..) semata-mata menemani si anak .. ada seorang ibu begitu tabah menahan air mata apabila anak kecilnya menangis kerana dahagakan air tetapi tidak boleh diberi ..
oh !! kalau difikirkan .. begitu besar pengorbanan mak ..
masih segar di ingatan ini apabila mak saya menemani saya saban malam di SJMC untuk lebih kurang 2 minggu .. mak tidur di atas kerusi beralaskan kain dan sehelai selimut .. walaupun mak penat bekerja di siang hari, mak masih menemani saya di wad .. saya kagum dengan tenaga seorang ibu .. mengapa? mak bangun seawal 4.30 pagi untuk membasuh baju, menyiapkan lauk makan tgh hari dan kemudian pergi kerja .. balik kerja seawal 6 ptg dan terus memasak makan malam pula .. saya kagum dengan pengorbanan mak, gaji yg mak susah payah dapatkan setiap bulan, jarang sekali saya lihat mak belanjakan untuk dirinya, hampir kesemuanya untuk kami berempat .. mak jarang membeli baju baru untuk dirinya kerana dia kata "tak perlu semua itu, pakai saja apa yg ada .." sayu sungguh hatiku mendengar .. pernah sekali mak memakai beg tangan yg saya beri dua tiga tahun yg sudah hingga lusuh,koyak .. apabila mahu digantikan baru .. mak tak mahu .. oh mak !! saya amat kagum dengan anda .. hanya baru-baru ini apabila didesak bersungguh-sungguh barulah mak membeli sesuatu untuk dirinya ..
mak .. takpe .. tunggulah apabila kak long sudah bekerja, kak long boleh membeli segala-galanya untuk mak .. sesungguhnya jasa budi mak tidak dpt kak long bayar sehingga habis hayat ..
sesungguhnya saya amat kagum dengan semua wanita yg bergelar IBU ..
MAK ..
thanks for being there for me ..
thanks for being patient with me ..
to all ibu seantara dunia ..
anda lah QUEEN of our hearts ..
thumbs up for all MOMs
No comments:
Post a Comment