Wednesday, October 06, 2004

dulu masa kecik-kecik


dulu masa kecik-kecik ..
bila org tanya bila besar nak jadi apa ..
jawapan yang acap kali meniti di bibir mulut ialah DJ RADIO atau PEMBACA BERITA TV ..
mengapa ya?
mungkin pada ketika itu pengaruh kedua ibu bapa ..

dulu bila mula melangkah ke alam persekolahan ..
bila org tanya bila besar nak jadi apa ..
jawapan yang acap kali meniti di bibir mulut ialah GURU..
mengapa ya?
mungkin kerana kagum dengan usaha murni guru mendidik anak bangsa ..

dulu masa aktif memasuki bahas dan pidato ..
bila org tanya bila besar nak jadi apa ..
jawapan yang acap kali meniti di bibir mulut ialah PEGUAM..
mengapa ya?
mungkin pada ketika itu kagum dengan kebolehan sendiri berkata-kata..

dulu masa mula-mula mengenali komputer ..
bila org tanya bila besar nak jadi apa ..
jawapan yang acap kali meniti di bibir mulut ialah JURUTERA KOMPUTER ..
mengapa ya?
mungkin pada ketika itu kagum dengan komputer..

dulu masa rancak mendalami ilmu komputer ..
bila org tanya bila besar nak jadi apa ..
jawapan yang acap kali meniti di bibir mulut ialah JURUTERA PERISIAN KOMPUTER ..
mengapa ya?
mungkin pada ketika itu kagum dengan BILL GATES ..

semua di atas berlaku semasa zaman sebelum tadika hingga ke akhir darjah 6

bila mula-mula menjejaki alam persekolahan menengah ..
bila ditanya cita-cita ..
bila disuruh menulis 3 cita-cita ..
berikut adalah hasilnya :

a) PEGUAM
b) JURUTERA KOMPUTER
c) JURUTERA PERISIAN KOMPUTER

sekarang dah selamat ada kelulusan dalam pilihan (c) ..
tapi sekarang saya berminat dgn JOURNALISM lak .. cemana tu ek?



No comments: