sudah hari raya yang ke-enam?
time move fast .. faster than a blink of your eyes ..
last sunday it was the 1st day of raya .. and now it is the 6th day ..
raya?
apakah raya sebenarnya?
adakah raya adalah memakai baju baru?-- mungkin juga .. tetapi tidak perlulah berbelanja melebihi kemampuan
adakah raya adalah mengecat rumah?-- entahlah .. 22 tahun hidup di dunia ni .. baru sekali cat rumah untuk raya
adakah raya adalah membeli dan menggantung langsir baru?
-- entahlah .. 22 tahun hidup di dunia ni .. baru sekali menjahit langsir untuk raya
adakah raya adalah membuat/membeli kuih raya berbalang-balang?-- beli, buat , beli , buat .. yang pasti sampai ke raya haji akan ada kuih raya
adakah raya adalah pulang ke kampung?-- tiap-tiap tahun pulang ke kampung .. dulu penang .. pastu penang dan kedah .. tahun nih penang saje .. mengapa ya? mungkin dalam keluarga ni tidak ada bertolak-ansur?
adakah raya adalah bakar mercun?-- mungkin juga .. mercun mercun .. mercun klcc, mercun gasing, mercun telur naga, mercun bola, mercun papan, thunder clap, thunder king, mercun limpah, mercun ketupat .. sebut sahaja .. insya Allah pernah main .. [mercun buluh je lom] ..
adakah raya adalah bermain bowling/layang-layang?-- mungkin juga .. dengan ada nya pakcik makcik yang otak sama gila .. semua boleh dilakukan
adakah raya adalah menonton movie?-- mungkin juga .. juga dengan kehadiran makcik pakcik yang sama otak gila
adakah raya adalah mengisi poket dengan not-not duit yang baru?
-- mungkin juga .. dapatlah menambah prepaid, menambah duit pelaburan ASB
adakah raya adalah melawat saudara-mara?-- mungkin juga ..
adakah raya ialah memohon keampunan dari mereka yang tersayang, sahabat handai dan kenalan?-- sudah semestinya !! salam dan cium tangan mereka yang tersayang, lihat mata mereka dan nyatakan kemaafan kita dari hati yang ikhlas ..
itulah raya saya !!
No comments:
Post a Comment