Tuesday, December 28, 2004

wave of death

selama nih dalam geografi di sekolah, kita diajar malaysia terletak luar dari kawasan bencana alam [gunung berapi, gempa bumi etc ..] ..
alih-alih pada 26hb Disember 2005, kita dikejutkan dgn tsunami yang melanda bahagian utara semenanjung dan gegaran yang boleh dirasai sehingga kawasan lembah klang ..

bayangkan mereka yang begitu kagum melihat limpahan ikan selepas hempasan ombak yang pertama, ditarik masuk ke laut sebaik sahaja hempasan ombak kedua? begitu cepat ..

bayangkan di gurney drive, seminggu yang lepas saya dan ahli keluarga sedang mengambil udara petang di sana .. kini dilimpahi selut akibat tsunami ..

bayangkan rumah-rumah, perahu-perahu mereka yang menggunakan laut sebagai sumber rezeki hanyut,pecah,runtuh dipukul tsunami ..

bayangkan mereka yang melihat dgn mata mereka sendiri, ahli-ahli keluarga mereka ditarik oleh tsunami ke perut laut ..

ini semua berlaku di luar jangkaan manusia, luar bidang perhitungan manusia
siapa sangka?
maka pada ketika ini, marilah kita menghulurkan bantuan setakat yang termampu pada mereka yang amat memerlukan ..
janganlah sibuk menuding jari ke arah kerajaan kerana tidak menyediakan prasarana mengesan gempa bumi/tsunami terlebih awal ..
sekali lagi ..
semua ini di luar perhitungan manusia ..

No comments: