Ramadhan menjelma kembali
Hari ini 1 Ramadhan menjelma kembali.
Hari ini umat Islam di Malaysia mula menjalani ibadah berpuasa.
Hari ini juga aku rasa seperti budak kecil mahu belajar berpuasa.
sighss..
Ramadhan kali ini bukan lagi seperti 9 tahun yg dahulu. Mengapa ya?
5 tahun yg pertama dahulu aku berbuka puasa bersama rakan-rakan di Seri Puteri. Sahur bersama-sama (walaupun sahur hanya dengan roti + sambal ikan bilis beserta air dari water cooler .. ini lah akibat malas hendak berpakaian sopan untuk ke dewan makan) .. Kemudian aktiviti bertadarus di surau (baca dua tiga lima muka surat .. kemudian tarik tudung dan tido .. di ingatkan kembali aku tak pernah pula tidak ke tadarus .. iyelah .. dari kena main hide and seek dengan para pengawas , baiklah aku ke surau itu .. baca al-quran dan kemudian tido ..) sekarang aku rindu pula dengan aktiviti tadarus (pegang Quran pun boleh kira dengan jari dalam masa sebulan .. melainkan malam jumaat .. apa nak jadi ni? ) .. Berbuka puasa merupakan sesuatu yang ditunggu terutamanya hujung minggu .. Masa ini lah meja penuh dengan juadah (murtabak <-- kegemaran ku dan juga kuih-muih yg lain .. hujung minggu lah mendapat juadah dari rumah .. sedap ..) Ahli dorm aku tentu memahami kerana setiap kali tiba bulan Ramadhan, ibu bapaku akan menghantar murtabak dan air dalam kuantiti yang banyak .. Sedap !! ahhh .. terlalu merindui zaman itu .. Terawih? Ohh .. masa aku menjejaki ke Seri Puteri barulah aku mengenali terawih dan menghadiri aktiviti tersebut .. (mula-mula paksa rela .. tetapi sekarang amat merindui aktiviti itu) .. Paling digemari apabila para imam terawih dari kalangan ahli setingkatan .. Paling tak khusyu' semasa kakak-kakak matriks menjadi imam .. Qiamulai? Lina@Peon ialah sahabat qiamulai saya .. Peon .. bila kita boleh qiam kembali bersama? SIghs .. zaman sekolah yang best ..
4 tahun seterusnya berpuasa bersama rakan-rakan semasa menuntut di MMU .. tahun-tahun terakhir di MMU, bulan puasa dirasakan amat seronok .. yelah masa ini sudah berkereta .. laju sahaja meluncur di jalan raya mencari juadah berbuka bersama rakan-rakan .. Dari cyberjaya ke sungai ramai ke serdang ke putrajaya ke dengkil .. Juadah yg dibeli pelbagai dan berbuka beramai-ramai (12-13 org) sgt best .. (Gambar akan disertakan kemudian)
30 Oktober ini , jika tiada aral melintang akan berbuka puasa bersama geng MMU .. lama tidak berjumpa mereka semua [kecuali cik seri] .. tidak sabar .. Pesanan untuk iza,liza,nyda,shafi,seri,wieza,a'an,azreen,min,am,zam dan bort : sila hadir ya !!
yea!! lagi 20 minit akan berbuka ..
kepada semua muslimin dan muslimat : selamat menjalani ibadah puasa ya !!
No comments:
Post a Comment