Tuesday, February 15, 2005

kenapa perlu di diskriminasikan

got this from my friend :
kpd kawan2 yg dah lama grad dan baru dpt keje (esp to
syu.. wahaha congratz man..) .. selamat bertugas.. kpd
kawan2 yg baru grad, welcome to the club.. aku dah
penat naik turun KL, penang, jb pegi interview sana
sini.. keje tak dpt gak.. perhaps korg yg stadi
overseas ada chance la kut.. so as my interviewers
told me.. "too bad u ni graduate local.. kalau grad
overseas maybe we'll take you
.." cemtu penat jela aku
blajo 5 tahun..

sebab tu ke that I had to wait for 8 months to get a decent job? or was it my cables were not strong enough? [everything is about cables nowadays] ..
ok back to the topic ..

kenapa perlu membezakan pelajar institusi tempatan dan pelajar institusi luar negara?
hanya kerana mereka belajar di luar sana, mereka perlu diberi keutamaan? [no offense to my oversea friends out there .. just voicing out my opinions] ..
[saya merupakan seorang graduan ipts tempatan]
kami yang belajar di institusi tempatan juga berhempas pulas belajar .. nak dekat separuh mati pun ada ..
memanglah nampak gah di resume bila diletakkan nama universiti luar negara tapi takkan sampai susah nak mengambil lulusan tempatan? hey !! tolong sket ek .. cuba test dulu kemampuan kami yang hanya lulusan tempatan ini .. bak kata setengah org .. tak kenal maka tak tahu ..
jgnlah sampai mengenepikan graduan tempatan ..
mereka juga belajar sampai ke menara gading ...
lagipun bukan semua org mampu hendak ke luar negara , hanya mereka yang bernasib baik sahaja yang dapat ke sana ..
taraf pendidikan ipta/ipts malaysia dah sampai ke tahap dunia .. kalau tidak masakan ramai pelajar luar negara dtg menuntut di sini? di MMU sendiri, kemudahan yang ada cukup gah ..
apa beza kami pelajar tempatan dan pelajar luar negara?
belajar di mana-mana sama sahaja .. tinggal kemahuan untuk berjaya ..

alhamdullilah saya telah mendapat peluang pekerjaan ..
kepada yang lain .. teruskan usaha mencari dan buktikan kepada mereka yang kita sebagai lulusan institusi tempatan juga mampu dan layak bekerja ..

dan kepada mereka yang suka membezakan lulusan tempatan dan luar negara .. hentikanlah tindakan sedemikian ..

u are killing the hopes of the local graduates!!

No comments: