Saturday, May 29, 2004

pesta buku 2004


sighs ..perancangan mahu pulang ke kedah menghadiri kenduri kahwin dibatalkan ..mak mempunyai banyak tugasan yang perlu disiapkan ..maka sekali lagi terpaksa menghadapi hujung minggu .. ke mana ya? pesta buku? oh nasib baik cu mengkhabarkan pesta buku sedang berlangsung ..jika tiada perkhabaran dari cu kebarangkalian untuk mengetahui tentang pesta buku amatlah tipis sekali.. mengapa tiada promosi hebat seperti tahun-tahun yang lalu? atau memang ada promosi tetapi zaman menghadiri pesta buku sudah tamat?? tidak mungkin kerana selama ini MPH menjadi teman setia setiap kali ke Mid Valley mahupun Subang Parade .. buku pilihan? pertama sekali sudah tentu buku-buku komputer .. bagaikan tidak jemu membeli dan membaca buku-buku seperti ini tetapi kosnya tinggi sekali .. kedua buku-buku cerita .. hati ini masih lagi terpaut pada karya Enid Blyton .. ya ya .. saya mungkin sudah melampaui batasan umur untuk karya-karya tersebut tetapi jiwa ini masih muda dan karya-karya tersebut tidak mati ditelan zaman .. contoh karya yg masih dibaca berulang kali hingga sekarang ialah koleksi sekolah berasrama (st.clares) .. melalui koleksi inilah saya mendapat gambaran tentang kehidupan di asrama tetapi semuanya tidak begitu rupanya ketika memasuki seri puteri ..apa yang berbeza? begitu panjang ... mungkin akan diulas kemudian ..kini karya j.k rowling dan roald dahl juga menjadi pujaan .. antara koleksi roald dahl : charlie and the chocolate factory,bfg,matilda,the witches .. j.k rowling pula sudah tentulah hikayat harry potter .. oh ya!! bercakap tentang harry potter, tadi semasa di pesta buku, saya telah menjumpai terjemahan buku tersebut di dalam bahasa melayu (bahasa melayu atau bahasa malaysia ??) .. pernah suatu ketika dahulu syafawati meminta saya membelikan koleksi harry potter yang telah diterjemahkan tetapi saya tidak menunaikan permintaan tersebut dengan alasan akan hilanglah nilai-nilai seni cerita tersebut apabila telah diterjemahkan. saya bukan hendak mengagung-agungkan bahasa inggeris tetapi setelah 4 tahun menggunakan bahasa tersebut ketika menuntut, saya berpendapat tidak semua buku patut diterjemahkan ke bahasa kebangsaan .. mengapa? untuk mencari perkataan yang dapat menggantikan perkataan asal tanpa mencacat-celakan ayat tersebut adalah suatu yang mustahil .. ahli-ahli bahasa mungkin tidak akan bersetuju dengan saya tetapi inilah hakikatnya .. ini telah dibuktikan dengan terjemahan koleksi harry potter .. tidak percaya? bacalah harry potter di dalam bahasa inggeris kemudian baca terjemahannya .. anda pasti akan rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena . saya bukanlah seorang yang arif mengenai bahasa tetapi ini adalah pendapat saya yang saya cuba ketengahkan. berbalik ke pesta buku, perjalanan ke pesta buku membawa saya menyoroti kenangan semasa menuntut di sekolah suatu ketika dahulu. ketika kereta menyusur perlahan di hadapan sekolah, papan tanda yang suatu ketika dahulu terukir nama SEKOLAH SERI PUTERI,KUALA LUMPUR kini bertukar SMS SERI PUTERI,KUALA LUMPUR .. dari jauh kelihatan padang sekolah,blok C,dewan makan dan seterusnya blok B. selepas itu kelihatan bangunan The Mall lokasi membeli-belah pelajar seri puteri (di manakah mereka membeli-belah di cyberjaya? street mall? IOI? the mines?) .. sebaik sahaja selesai di pesta buku, saya dan cu bergerak pula ke the mall .. hajat di hati mahu jalan ke sana dari pwtc (ahh .. teringat zaman persekolahan .. rasa-rasanya berapa pasang sudu dan garfu kah telah diambil oleh pelajar sekolah ketika menyusuri di depan dewan-dewan di pwtc?) tetapi memandangkan cu sedang sarat mengandung dan perut yang sudah memainkan keroncong yang merdu, kami memandu kereta dari pwtc ke seberang jalan .. kali terakhir saya ke the mall ialah 4 tahun yang sudah .. keadaan persekitaran masih sama cuma kedai vcd yang selalu saya kunjung sudah tiada (kesan daripada aktiviti membasmi cetak rompak)..hajat di hati mahu makan NGAB (nasi goreng ayam berlada .. suatu ketika dahulu menjadi makanan ruji hujung minggu) di warung seri muar,medan hang tuah tetapi lebih teruja dengan pizza hut (alang-alang cu membelanja lebih baik digunakan sepenuh-penuhnya .. terima kasih CU !!) .. disebabkan hujan mula membasahi kuala lumpur .. pengembaraan bersama cu terpaksa ditamatkan selepas selesai memakan pizza ..


ini adalah cubaan pertama menulis sepenuhnya di dalam bahasa melayu .. sudah lama meninggalkan bidang penulisan yang menggunakan bahasa melayu sepenuh-penuhnya .. akan diperbaiki dari masa ke semasa.

No comments: